topbella

Tuesday, May 10, 2011

Hidup seperti roda. Pusingan yang membawa kita di atas dan dibawah silih berganti. Kadang bahagia, kadang sebaliknya. Itulah warna hidup yang perlu kita tempuh supaya warnanya tidak senada sahaja. Biar berwarna warni dengan pelbagai rona warna kehidupan yang pelbagai agar kita dapat merasa erti hidup sebenar.

Suka dengan baris ayat lagu Slot Akasia yang dinyanyikan oleh kumpulan The Fabulous Cat,

Inikah berakhirnya

Hidup yang kurasa

tidak secantik potret yang terlakar di kaca

Inikah makna cinta

Datangnya berbunga-bunga

Belum dijamah pahitnya jelas terasa


 

Memang betul pun. Hidup itu sering dipandang indah. Tapi dalam keindahan yang kita kecapi semuanya bersifat sementara. Sebab hidup kita pun sementara. Jadi bila kita dapat sesuatu yang indah, janganlah kita terlalu sayang dengan keindahan tersebut sehingga kita takut akan kehilangannya.

Tapi takkan kita nak biarkan je keindahan itu tanpa perlu dijaga dan disayangi???

Erm… seperti keindahan hidup berkeluarga disamping ibu bapa kita. Ya, memang tidak kita akui memang kita benar2 menyayangi mereka dan takut akan kehilangan mereka. tapi kita perlu sedar akhirnya nnt kita akan berpisah juga dengan mereka sama ada kita yang pergi dulu ataupun diri mereka. sebenarnya apa2 perasaan yang membabitkan kehilangan atau kekecewaan kita perlu belajar menerima hakikat takdir perkara tersebut berlaku atas diri kita. Misalnya, sekiranya Allah memilih kita untuk mendapat penyakit kanser, itu adalah ujian yang Allah berikan kepada kita dan kita tidak perlu mempersoalkannya lagi. Tapi dalam waktu yang sama kita perlu berusaha untuk melawan penyakit tersebut dan berusaha mencari alternative bagi mendapatkan rawatan.

Aku akui bahawa sifat menerima hakikat amat susah untuk kita tanam dalam diri. Tapi kita perlu yakin setiap apa baik buruk yang Allah timpakan pada diri kita adalah kehendakNya dan Dia lebih mengetahui atas setiap apa yang Dia rancangkan.

Sebenarnya aku tulis ni sbb nak pujuk diri aku untuk menerima hakikat hidup aku. semoga kepayahan, kesusahan, kekecewaan yang kita alami akan dibalas dengan kemanisan syurga suatu hari nnt. InsyaAllah…

Monday, April 4, 2011

Perampaskah aku???

Istilah perampas selalu dikaitkan dengan mengambil hak milik orang lain dengan cara tanpa rela… wanita perampas kekasih atau suami orang lain sering dikatakan merekalah satu2 nya wanita yang paling bodoh sekali kerana buta membuat pilihan. Namun sejauh manakah mereka ini akan dikelompokkan dalam kumpulan yang dipandang bersalah serta dianggap manusia perosak hubungan. Kadang-kadang, aku juga terfikir kenapalah aku ni selalu je terpilih untuk menyertai kumpulan ini walhal aku tahu kumpulan ini selalu dibenci oleh masyarakat. Terkeluar dari perut buaya, termasuk pula kat mulut naga.. bukan aku nak salah kan takdir hidup aku sbb ini semua ketentuan daripada Nya. Tapi aku letih nak menghadapi jadi orang ketiga dalam perhubungan. Aku cuba lari. Tapi….aku sendiri tak tahu mana arah tuju sebenar hidup ku.. mungkin ujian ini lebih akan mematangkan aku. sama ada aku mahu teruskan atau putuskan dan mencari yang masih belum berpunya….. aku sendiri tak tahu…. L

Sunday, February 27, 2011

Pertemuan Pertama…





Ku lihat kau jauh dari tempatku,
Sementara engkau berjalan menghampiriku,
Seolah2 mahukan sesuatu,
Aku cuba menggapai tanganmu agar pantas kita dapat bertemu,
Jarak masa tidak akan berubah walaupun sedetik,
Bila takdir berkata masa itu kita bertemu,
Maka aku dan engkau tidak dapat menyangkal kata2 seruan itu.

Dengarlah…
Walau waktu itu bayu kencang menerpa pertemuan kita,
Ia langsung tidak menggangu janji temu kita,
Kerna pertemuan kali pertama itu pasti akan terjadi.

Sabarlah…
Sementara waktu menunggu masih membelenggu jiwa,
Persiapkanlah diri untuk pertemuan petama,
Janji pasti akan ku kotai,
Lambat atau segera yang pasti cinta akan bersulam pada saat cinta pertama…

:::I DEDICATE THIS POEM FOR MY FUTURE HUBBY ::: 
hehehe.... dalam hati ada taman waktu2 begini... ^_^

Kembali Semula…


Asalamualaikum…..



Maaf saya ucapkan kepada blog saya yang sudah lama saya tidak lawati ini. sememangnya saya begitu sibuk dengan tugasan harian sehingga saya mengabaikan kamu. Nasib baik kamu tidak punya hati dan perasaan untuk berkecil hati dengan saya. Kalo tidak sudah tentu saya penat serta letih memujuk kamu kerana terlalu lalu lama meninggalkan kamu tanpa sebarang berita…. ^_^



Tidak ada banyak cerita yang ingin dikongsikan di awal pagi yang dingin ini. Cuma hari ini saya tidak ke tempat kerja seperti biasa kerana saya kepeningan kepala…. Owhhh…. Kepeningan ini berlaku sejak dari malam tadi. Dan ianya masih berlarutan sehingga kini dan my umi kata tak payahlah g kerja…. Apa lagi saya pun tersangatlah setuju dengan cadangan my umi yang cukup bernas itu…. Saya pun berangan angan untuk sambung tidur saya semula selepas subuh tadi. Namun apakan daya mata ini tidak boleh dilelapkan dek kerana terpikirkan pelbagai masalah yang bersarang di kepala… huhuhu…. Masalah dan masalahh… adakah itu punca yang menyebabkan kepala ini kepeningan??? Ohhh…. Tidak…



Saya mahu melupakan masalah saya dan cuba berangankan sesuatu yang best2 seperti dapat kawin dengan anak Tan Sri dan dapat bershoping semahu mungkin di semua pusat membeli belah terkemuka di dunia ini. namun itu semua tidak dapat menyembuhkan sakit kepala ini malah telah menyebabkan ia semakin kronik akibat memirkan sesuatu yang tidak mungkin akan kesampaiann…. Huhuhuhu…. Akhirnya saya mengalah untuk terus berangan yang bukan2.. jadi apa kata saya keluar dari bilik ini dan mahu membuat senaman turun naik tangga untuk mengecilkan peha saya yang saya lihat semakin hari semakin tembam ini… lalalalala~~~

Sunday, February 6, 2011

Ya Allah
Jika aku jatuh cinta,
Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada Mu,
Agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu.

Ya Muhaimin
Jika aku jatuh hati,
Izinkanlahaku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada Mu
Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu.

Ya Rabbana
Jika aku jatuh hati
Jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripadaMu

Ya Rabbul Izzati
Jika aku rindu
Rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu

Ya Allah
Jika kau menikmati cinta kekasihMu
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu.

Ya Allah
Jika aku jatuh hati pada kekasihMu
Jangan biarkan aku bertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadamu

Ya Allah
Jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu
Jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki
Dan rindu abadi hanya kepadaMu
Amin…

Saturday, January 8, 2011

Tesis VS AJL


Lamanya tak jenguk sini... Maksudnya tak ada masa nak berangan.... Akhir-akhir ini aku teramatlah bz kerana mahu menyelesaikan tugasan tesis aku yang terlalu-lalu banyak tak siap.... Tapi sekarang masih sedang berusaha menyiapkan tugasan ini sebab besok dah wajib kena hantar.... So mmg tak ada masa nak hu ha hu ha  sekarang. Saya nak bereskan tugasan saya sebelum malam ni sbb malam ni saya nak tgk AJL.... Saya sokong Faizal Tahir, Black n Yuna... Harap2 salah satu antara mereka menang ... Oh Yeahhhhh!!!!Daaaaa..... 


Saturday, December 18, 2010

Dress Maletop unt My future daughter.. <--- (bile yerk???)

Salam...
Hari ni bukan nak jual barang..Bukan nak wat promasi terhebat dan sebagainya. cume nak berangan-angan.hihihih... Sebabnyekan,, aku ni mmg kepingin sangat nak dapat adik perempuan. Tapi cume ade adik lelaki je... Sbb tu aku suka simpan gamba2 macam ni... 























Ni lah antara koleksi2 yang aku simpan gambanye.... simpan gambanye jerk... hehehe...
sbb ape aku suke simpan gamba baju kanak2 perempuan... sebabnye aku geram. kalo g kat pasaraya baju2 kanak2 perempuan semuanya cute2.. semuanya cantik2.... tapi bukan aku yang nak pakai. (wahahaha).. wat suke2 je... kalo aku ade adik perempuan gerenti aku akan habiskan wet aku unt beli baju2 macam ni untuk dia. tapi malangnya tak ade rezeki. bak kata mak akulahh...

kalo ko nak sangat nnt buatlah sendiri.. aku ni dah tua. dah tak larat dahhh.... 

hahaha.... ape2 pon ni semua BE-RA-NGAN... bila tah nak tuttttt..... ^_^
Ecececece... Tunggu....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...