topbella

Monday, April 4, 2011

Perampaskah aku???

Istilah perampas selalu dikaitkan dengan mengambil hak milik orang lain dengan cara tanpa rela… wanita perampas kekasih atau suami orang lain sering dikatakan merekalah satu2 nya wanita yang paling bodoh sekali kerana buta membuat pilihan. Namun sejauh manakah mereka ini akan dikelompokkan dalam kumpulan yang dipandang bersalah serta dianggap manusia perosak hubungan. Kadang-kadang, aku juga terfikir kenapalah aku ni selalu je terpilih untuk menyertai kumpulan ini walhal aku tahu kumpulan ini selalu dibenci oleh masyarakat. Terkeluar dari perut buaya, termasuk pula kat mulut naga.. bukan aku nak salah kan takdir hidup aku sbb ini semua ketentuan daripada Nya. Tapi aku letih nak menghadapi jadi orang ketiga dalam perhubungan. Aku cuba lari. Tapi….aku sendiri tak tahu mana arah tuju sebenar hidup ku.. mungkin ujian ini lebih akan mematangkan aku. sama ada aku mahu teruskan atau putuskan dan mencari yang masih belum berpunya….. aku sendiri tak tahu…. L

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...