topbella

Sunday, February 27, 2011

Kembali Semula…


Asalamualaikum…..



Maaf saya ucapkan kepada blog saya yang sudah lama saya tidak lawati ini. sememangnya saya begitu sibuk dengan tugasan harian sehingga saya mengabaikan kamu. Nasib baik kamu tidak punya hati dan perasaan untuk berkecil hati dengan saya. Kalo tidak sudah tentu saya penat serta letih memujuk kamu kerana terlalu lalu lama meninggalkan kamu tanpa sebarang berita…. ^_^



Tidak ada banyak cerita yang ingin dikongsikan di awal pagi yang dingin ini. Cuma hari ini saya tidak ke tempat kerja seperti biasa kerana saya kepeningan kepala…. Owhhh…. Kepeningan ini berlaku sejak dari malam tadi. Dan ianya masih berlarutan sehingga kini dan my umi kata tak payahlah g kerja…. Apa lagi saya pun tersangatlah setuju dengan cadangan my umi yang cukup bernas itu…. Saya pun berangan angan untuk sambung tidur saya semula selepas subuh tadi. Namun apakan daya mata ini tidak boleh dilelapkan dek kerana terpikirkan pelbagai masalah yang bersarang di kepala… huhuhu…. Masalah dan masalahh… adakah itu punca yang menyebabkan kepala ini kepeningan??? Ohhh…. Tidak…



Saya mahu melupakan masalah saya dan cuba berangankan sesuatu yang best2 seperti dapat kawin dengan anak Tan Sri dan dapat bershoping semahu mungkin di semua pusat membeli belah terkemuka di dunia ini. namun itu semua tidak dapat menyembuhkan sakit kepala ini malah telah menyebabkan ia semakin kronik akibat memirkan sesuatu yang tidak mungkin akan kesampaiann…. Huhuhuhu…. Akhirnya saya mengalah untuk terus berangan yang bukan2.. jadi apa kata saya keluar dari bilik ini dan mahu membuat senaman turun naik tangga untuk mengecilkan peha saya yang saya lihat semakin hari semakin tembam ini… lalalalala~~~

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...